Wednesday, March 26, 2008
Pengalaman Saya Semasa Di Taman Warisan
Pada dua puluh enam Februai, kelas bahasa melayu pergi ke Taman Warisan. Di situ, kami membuat silat, bermain permainan tradisional dan malawat muzium. Saya dan kawan saya, Janene tidak dapat membuat silat kerana kami tidak membawa seluar yang sesuai jadi kami hanya duduk di lantai dan melihat kawan membuat silat. Saya berasa sedih kerana tidak dapat membuat silat itu tetapi saya lihat dan pelajari apa yang mereka buat dan cuba apabila sampai di rumah. Di situ sasya pelajari tentang sejarah, seni dan permainan tradisional Melayu.saya pelajari cara bermain batu seremban,congkak,sepak takraw dan capteh. sepak takraw selalu dimainkan oleh lelaki. Mereka membaling bola dengan menggunakan kakinya. Itu adalah permainan tradisional melayu kegemaran saya. Saya pun bermain congkak dengan Mahnnor tetapi apabila kami mahu mula bermain, sesi si permainan tradisoinal itu pun berakhir. Saya pun mempelajari banyak tentang sejarah dan seni daripada muzium yang terletak di situ seperti Sultan Ali yang membina istana itu . Saya berasa sangat seronok dan gembira di sana! Kalau saya diberi peluang, saya akan pergi balik ke Taman Warisab itu dan saya pun harapkan lebih banyak orang akan bermain permainan-permainan tradisional itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)